RSS

Tempat Kediaman dan Teknologi

1. Bab 16 : Tempat Kediaman dan Teknologi

PENGENALAN

Setiap keluarga mengharapkan tempat kediaman sendiri yang dapat memberi perlindungan dan keselesaan kepada semua ahli keluarga.

Tempat kediaman merupakan tempat keluarga berkumpul semasa dan selepas menjalankan aktiviti harian. Suasana tempat kediaman mencerminkan cita rasa, nilai, dan kemesraan ahli keluarga. Tempat kediaman yang selesa dapat memupuk keluarga bahagia.

Faktor yang mempengaruhi pemilihan tempat kediaman_

Pemilihan tempat kediaman merupakan satu keputusan keluarga yang penting. Pelbagai faktor harus ditentukan dan dipertimbangkan agar pilihan yang dibuat dapat menjamin kebahagian dan kesejahteraan keluarga.

 

KEPERLUAN

1)  Tempat kediaman seharusnya dapat memenuhi keperluan keluarga untuk :

( a ) Berteduh daripada hujan, panas dansejuk

( b ) Berlindung daripada bencana dan penjenayah

( c ) Berinteraksi dan melaksanakan aktiviti harian

2) Ciri, saiz, dan jenis ruang perlu menepati keperluan keluarga yang berbeza. Perkara yang perlu diambil kira ialah :

( a ) Saiz keluarga

( b ) Peringkat kitaran hidup

( c ) Keperluan khas ahli keluarga seperti cacat, tua dan uzur.

PENDAPATAN

1) Pemilihan tempat kediaman berdasarkan kemampuan keluarga. Salah satu perbelanjaan bulanan yang tinggi bagi kebanyakkan keluarga ialah bayaran untuk tempat kediaman. Keluarga yang berpendapatan tinggi mampu memilih tempat kediaman yang mempunyai ciri berikut :

( a ) Lokasi  yang baik

( b ) Saiz yang lebih besar

( c ) Dilengkapi alat teknologi tinggi seperti sistem kawalan berkomputer


KESELAMATAN

1) Keselamatan ahli keluarga diberi keutamaan dalam memilih tempat kediaman. Keluarga akan berasa selamat jika tempat kediaman mempunyai ciri berikut :

( a ) Aman

( b ) Bebas daripada jenayah

( c ) Berdekatan dengan perkhidmatan keselamatan seperti polis dan bomba.

2) Keluarga juga perlu meningkatkan keselamatan dengan memastikan tempat kediaman dilengkapi dengan :

( a ) Kawalan keselamatan seperti sistem penggera keselamatan atau pengawal  keselamatan

( b ) Sistem pencegahan kebakaran

( c ) Pemasangan jeriji pada tingkap dan pintu

KEJIRANAN

1) Aspek kejiranan dititikberatkan semasa memilih rumah kerana :

( a ) Jika jiran mempunyai status dan sosioekonomi yang sama, interaksi dan perhubungan mesra lebih senang terjalin.

( b ) Gaya hidup, cara pemikiran, dan norma yang sama membantu keluarga berinteraksi dan hidup dengan lebih selesa.

ESTETIKA

1) Estetika merujuk kepada kebersihan dan keceriaan tempat kediaman dari segi luaran dan dalaman.

2) Keluarga akan memberi keutamaan kepada perkara berikut :

( a ) Kawasan sekeliling yang bersih dan ceria

( b ) Pemandangan yang indah

( c ) Tempat kediaman yabg mudah dibersihkan, senang dihias, teratur dan cantik.

INFRASTUKTUR

1)     Infrastuktur kawasan tempat kediaman perlu lengkap supaya pelbagai keperluan ahli keluarga dapat dipenuhi.

INFRASTUKTUR

PERKHIDMATAN

  • Sistem jalan raya
  • Kesihatan
  • Sistem bekalan air
  • Kebajikan
  • Bekalan tenaga elektrik
  • Pendidikan
  • Sistem pembuangan sampah
  • Perhubungan
  • Sistem telekomunikasi
  • Tempat beribadat

Alatan Teknologi Yang Membantu Pengurusan Tempat Kediaman_

Pengaruh Teknologi Terhadap Pengurusan Tempat Kediaman_

Pelbagai alat teknologi telah dicipta untuk membantu  pengurusan tempat kediaman. Alatan ini mempengaruhi cara keluarga menguruskan kerja pembersihan, penyelenggaraan, dan penjagaaan keselamatan di tempat kediaman. ciptaan teknologi moden mempengaruhi pengurusan tempat kediaman dari pelbagai aspek, iaitu :

( a ) Masa

( b ) Tenaga

( c ) Perbelanjaan

( d ) Keselamatan

( e ) Kualiti Hidup

(a)  Masa

Sumber masa adalah terhad. Oleh itu, pengurusan masa perlu dirancangkan dengan baik supaya semua kegiatan harian dapat dilaksanakan dengan teratur. Penggunaan alatan teknologi dapat membantu suri rumah untuk melakukan lebih daripada satu kerja secara serentak, misalnya sambil membasuh pakaian dengan mesin basuh automatik, suri rumah itu boleh menyediakan sarapan, membersihkan rumah, atau berinteraksi dengan ahli keluarga.

(b) Tenaga

Penggunaan alatan teknologi dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan tugas harian dalam pengurusan tempat kediaman, misalnya mencuci pakaian, memasak, dan memotong rumput. Kita dapat menjimatkan penggunaan tenaga, meringankan beban kerja dan mengurangkan keletihan. Kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih efisien.

(c)  Perbelanjaan

Penggunaan alatan teknologi melibatkan tiga jenis kos, iaitu kos pembelian alatan, kos sampingan, dan kos penyelenggaraan. Walaupun keluarga menggunkan sebahagian daripada pendapatan untuk menampung kos tersebut, dalam jangka panjang alatan ini sangat berfaedah dan menjimatkan.

(d) Keselamatan

Dalam pengurusan tempat kediaman, aspek keselamatan dalam penggunaan alatan teknologi perlu dititikberatkan.

Ciri keselamatan semasa membeli_

Semasa membeli alatan teknologi, langkah-langkah seperti memeriksa alatan supaya dalam keadadaan elok, tiada kebocoran, dan pendawaiannya betul penting untuk mencegah perkara yang tidak diingini berlaku. Alatan haruslah dibeli daripada syarikat atau agen yang boleh ddipercayai. Pilih alatan yang mempunyai tanda piawaian keselamatan seperti SIRIM.

Peraturan keselamatan semasa mengguna_

Alatan teknologi biasanya menggunkan kuasa elektrik. Sebelum menggunkan alatan tersebut, baca dan faham akan peraturan dan cara-cara menggunkannya. Patuhi arahan yang disertakan tentang peraturan penggunaan dan penjagaannya.

Penggunaan alatan teknologi untuk mengawal keselamatan_

Alatan seperti alat penggera keselamatan, pagar automatik, dan alat kawalan keselamatan berkomputer dapat melindungi tempat kediaman daripada penceroboh. Alatan seperti pemadam api dan sistem penyembur automatik pula berfungsi jika berlaku kebakaran.

(e)  Kualiti hidup

Perkembangan teknologi banyak mempengaruhi kualiti hidup ahli keluarga. Penggunaan alat teknologi semasa menguruskan tempat kediaman dapat membantu keluarga melaksanakan tugas harian dengan lebih mudah, cepat, dan selamat. Masa yang terluang boleh digunkan untuk aktiviti rriadah dan bertukar fikiran bersama ahli keluarga. Ini dapat mengeratkan perhubungan dan memupuk kemesraan antara ibu, bapa, anak, dan ahli keluarga yang lain.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: