RSS

Pengurusan Sajian

1. Bab 5 : Pengurusan sajian

  1. Menu ialah satu senarai makan yang dihidang untuk sesuatu sajian
  2. Sajian adalah makanan yang disajikan pada satu tertentu seperti sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan dmakan malam.
  3. Pengurusan sajian melibatkan factor-faktor yang mempengaruhi perancangan menu, pemilihan menu dan penyediaan makanan.
  4. Faktor yang mempengaruhi perancangan menu ialah tujuan sajian, keperluan, kegemaran, keseimbangan sajian, sumber dan bilangan tetamu.
  5. Sajian disediakan untuk majlis formal dan tidak formal.
  6. Perancangan menu perlu mengikut keperluan setuep ahli keluarga yang bergantung pada keadaan fizikal dan tahap kesihatan.
  7. Penyediaan makanan yang digemari ahli keluarga akan menambahkan selera terhadap hidangan.
  8. Perlu ada keseimbangan sajian dalam aspek warna, tekstur, rasa, bahan makanan dan kaedah memasak.
  9. Faktor yang mempengaruhi perancangan menu ialah SUMBER yang ada:-

(a)    Kewangan – menepati peruntukan perbelanjaan

(b)   Bahan – dalam musim/ mudah diperolehi, lebih murah / banyak pilihan, makanan lebih segar dan sedap.

(c)    Kemudahan fizikal – alat penjimat masa

(d)   Kemahiran – resepi rumit, resepi khas

(e)   Keupayaan – mengorganisasi kerja amali , sistematik dan bersih

(f)     Masa – menu penyediaan cepat jika masa terhad, masakan boleh disediakan semalaman, makanan  berkaleng.

  1. Bilangan tetamu mesti diketahui untuk menyediakan kuantiti makanan yang mencukupi.
  2. Sajian utama terdiri daripada sarapan, makan tengahari dan makan malam.
  3. Sajian sampingan terdiri daripada minum pagi, minum petang dan minum malam.
  4. Hi – Tea ialah hidangan antara minum petang dengan makan malam yang mempunyai menu daripada pelbagai pilihan.
  5. Brunch ialah hidangan antara sarapan dengan makan tengahari.
  6. Langkah perancangan kerja :-

(a)    Memilih menu

  • Pilihan masakan
  • Ramuan utama
  • Kaedah memasak
  • Peralatan

(b)   Mengira kos

  • Kos bahan mentah
  • Kos upah
  • Kos sampingan
  • Jumlah kos sajian

(c)    Susunan kerja

  • Masa
  • Susunan kerja
  • Catatan
  1. Penyediaan makanan melibatkan kerja menyedia, memasak, menyaji, mengemas dan mencuci mengikut perancangan kerja.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: